
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan di dalam al-Quran yang agung :
"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Perhatikanlah wahai sahabat2ku! Utuhkanlah keimananmu, dan jadikan ini sebagai hujah untuk berda'wah kepada kafir yang tidak mengetahui. Bagaimanakah kejadian sebegini boleh termaktub di dalam kitab yang diturunkan beribu tahun dahulu? Melainkan bahawa al-Quran itu benar dan sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana. KEMANA LAGI KEANGKUHAN DIRI INGIN DIJULANG?? NIKMAT YANG MANA LAGI INGIN KITA INGKARI??! Ucapkanlah, seikhlasnya, ALHAMDULILLAH... Lindungilah kami, wahai tuhan, dari kemurkaan dan nerakaMu.. Pertemukanlah kami dengan Rasul kami.......
No comments:
Post a Comment