Monday, May 10, 2010

Janin2 Dalam Rahim Boleh Tersenyum?

.


 Berikut adalah merupakan gambar2 luar biasa yang membuktikan bahawa janin dalam rahim dapat tersenyum dan menunjukkan ekspresi. Foto foto ini menunjukkan bahawa bayi yg blum lahir pun ternyata mampu mengejapkan matanya, menguap, mengerutkan dahi.. dan menangis! Pakar perubatan yang terkenal, Prof Stuart Campbell yang juga telah mempelopori teknik rakaman gambar ini mengatakan "para ahli berpendapat, bayi tidak tersenyum sampai usia 6 minggu setelah lahir. Padahal sebelum lahir pun bayi-bayi itu sering sekali tersenyum."

 


Gambar-gambar ini dibuat menggunakan ultrasound 4D, yang mencatat gema yang berasal dari rahim ibu, dan mencatatnya secara digital. Pengamatan yang dilakukan selama berjam-jam, akan menghasilkan gambar2 yang membuat orang tua2 merasakan seakan menonton video tentang kehidupan bayi mereka.

Gambar-gambar ini dapat membatu doktor2 untuk mengesan tanda2 awal jika bayi itu abnormal atau tidak. Prof. Campbell mengatakan. "Dengan munculnya gambar-gambar tadi, sejumlah pertanyaan mengenai janin dalam kandungan timbul. Misalnya ; "Apakah janin-janin itu tersenyum kerana dia merasa bahagia? atau menangis kerana ada suasana atau kejadian yang mengganggunya..??" "Mengapakah janin tersebut mengedipkan matanya? Padahal selama ini kita mengetahui bahawa rahim ibu itu gelap gelita?" Foto-foto ini boleh diambil ketika usia kandungan si ibu baru 12-20 minggu

Yvone Ntimoah (29) yang mengambil gambar bayi perempuannya yang baru berusia 31 minggu mengatakan; "Ini sangat menakjubkan, tangannya tadi menutupi wajahnya, tetapi tiba-tiba tangannya terbuka, dan kami dapat lihat dia tersenyum.."

Whai shbat2ku, soalan ringkas : Sanggupkah kita mmbunuh dan membuang bayi2 ini??

Bacaan lanjut : http://www.telegraph.co.uk/comment/personal-view/3632855/Dont-tear-a-smiling-foetus-from-the-womb.html

No comments: